Permerkasaan Jaringan Internet di Pulau-pulau Pelancongan Malaysia

Malaysia

Tahukah anda, Malaysia antara negara di Asia Tenggara yang menerima lebih daripada 30 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2025? Jumlah pelancong yang berkunjung membuktikan Malaysia menawarkan tarikan pelancongan yang unik, serta infrastruktur yang baik untuk para pelancong. Salah satunya ialah jaringan internet yang pantas, yang memudahkan pelancong nomad untuk bekerja dari hotel mewah mereka, ataupun, pelancong yang ingin mengakses platform hiburan seperti Ivibet Sportsbook Onlineл. Oleh sebab itu, pembekal rangkaian jaringan internet di Malaysia memberi tumpuan khas kepada pembangunan liputan jaringan internet yang lebih meluas di kawasan tarikan utama pelancong, seperi pulau Langkawi, kepulauan Borneo dan juga Pulau Pinang.

Jaringan yang pantas bukan lagi sekadar sebuah kemahuan, malah keperluan yang membantu ekosistem pelancongan di negara ini. Tanpa sambungan internet, tidak mudah untuk para pengendali hotel atau pusat peranginan mempromosikan pusat peranginan mereka. Pada masa yang sama, pengunjung yang ingin meluangkan masa di pulau juga memerlukan sambungan internet untuk memudahkan mereka melakukan pembayaran dalam talian dan untuk kekal berhubung dengan sesiapa sahaja.

Liputan Sambungan Internet di Pulau-pulau Malaysia

Secara amnya, pusat pelancongan di pulau-pulau Malaysia memiliki sambungan internet yang pantas dan stabil. Pengunjung akan terhubung ke rangkaian 5G dengan mudah. Terutama sekali jika mereka berada di Pulau Pinang. Selain itu juga, hotel-hotel juga turut menawarkan sambungan wifi yang agak pantas. Pengunjung boleh melayari internet dengan kepantasan yang mencecah sehingga 1gbps.

Liputan sambungan internet di setiap bahagian di Malaysia berbeza-beza. Di bandar, jaringan 5G atau 4G boleh diakses dengan mudah. Manakala di bahagian luar bandar, jaringan 4G dan 3G lebih mudah untuk didapati. Jika ke pelusuk pedalaman pula, sambungan internet mungkin langsung tiada. Melainkan, jika penduduk kampung memasang Starlink. 

Memandangkan kepulauan Borneo agak luas, pelancong mungkin boleh mengakses jaringan yang pantas seperti 5G. Dan mereka juga mungkin langsung akan terputus hubungan rangkaian jika berkunjung ke lokasi yang terpencil. Sebagai contoh, kawasan menyelam terpencil seperti pulau Sipadan dan Mabul mempunyai sambungan internet yang terhad. Pengunjung hanya bergantung kepada satelit dan wifi pusat peranginan. 

Siapa peneraju liputan internet pantas di Malaysia?

Umumnya, Malaysia memiliki beberapa pembekal yang telah lama menerajui kesalinghubungan rangkaian internet di negara ini. Sebagai contoh, CelcomDigi, Maxis, TM Unifi, Yes 5G, TIME dan U Mobile. CelcomDigi, Maxis dan TM Unifi merupakan pembekal jaringan yang telah lama berkhidmat di hampir kesemua negeri di Malaysia. Maka dengan itu, pengguna selalunya memilih perkhidmatan rangkaian internet dari mereka, untuk jaminan sambungan yang pantas dan stabil.

Pembekal jaringan seperti TIME hanya memberi perkhidmatan kepada pengguna di semenanjung Malaysia. Ini bermakna, khidmat rangkaian internet mereka belum lagi meliputi kawasan Borneo. Jadi, pelancong yang ingin bercuti di pulau-pulau sekitar Borneo perlu membeli kad sim telekomunikasi lain, seperti CelcomDigi atau Maxis.

Mengapa ketersediaan jaringan internet berbeza-beza di setiap bahagian di Malaysia?

Sebab utama perbezaan ketersediaan jaringan internet adalah perbezaan landskap muka bumi negara ini. Kebanyakkan pulau dan kawasan pesisir Malaysia dibentuk oleh landskap yang berbatu-batu seperti gunung, hutan hujan tropika yang tebal dan kawasan muka bumi yang tidak rata. Ciri-ciri semula jadi ini boleh menghalang atau mengurangkan isyarat telefon bimbit, dan ini menghalang syarikat telekomunikasi untuk menyediakan liputan internet yang stabil.

2 Usaha Utama Utama Dalam Memperkasakan Rangkaian Internet di Pulau Pelancongan Malaysia

Halangan utama dalam menyediakan jaringan internet yang meluas di Malaysia ialah bentuk muka buminya. Namun begitu, dengan memahami kepentingan jaringan internet yang pantas dan stabil di pusat peranginan pulau, kerajaan dan pihak swasta telah bekerjasama dalam menyediakan rangkaian internet yang luas. Berikut adalah usaha yang dilakukan bersama:

  1. Pusat Internet Komuniti
    1. Pusat Internet Komuniti merupakan usaha kerajaan dalam menyediakan jaringan internet yang mudah dicapai di kawasan luar bandar di seluruh negara. Pada tahun 2013, sebanyak 500 Pusat Internet Komuniti ditubuhkan bagi memastikan semua penduduk di kawasan pedalaman dan pulau-pulau pelancongan terpencil mendapat akses internet. Secara tidak langsung, ini membantu industri pelancongan negara Malaysia.
  2. Pengenalan pemasangan Starlink di kawasan tiada jaringan telekomunikasi
    1. Starlink telah diperkenalkan di Malaysia sebagai alternatif jaringan mudah alih yang juga mudag dipasang di kawasan pedalam dan pulau-pulau yang belum mendapat liputan jaringan telekomunikasi. Pembekal peranti perkhidmatan internet ini menyediakan pakej langganan bulanan pada harga yang berpatutan. Dengan membayar RM220 sebulan, pelanggan di kawasan pedalaman mampu mengakses internet dengan kepantasan 100Mbps. Kelajuan ini sudah cukup pantas dan stabil untuk melayari platform hiburan, bermain permainan dalam talian dan juga untuk melakukan panggilan video.